9 FEBRUARI 2024
Yayasan PEKEMA meluluskan sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada Encik Mat Yamin bin Azit, yang telah mengalami kebakaran rumah pada 17 November 2023 di Felda Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang.
Kebakaran itu mengakibatkan rumahnya 90% musnah akibat litar pintas, dengan anggaran kerugian sebanyak RM250,000. Sumbangan disampaikan oleh Encik Azri bin Nurudin dari Syarikat Noble Country Sdn Bhd, dan Mat Yamin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan PEKEMA atas bantuan yang diberikan.
