Yayasan PEKEMA di bawah Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) terus komited dalam membantu golongan memerlukan melalui Program Bantuan Persiapan Menjelang Syawal Yayasan PEKEMA 2025. Ahad lalu, program sumbangan telah berlangsung dengan meriah di Mydin Mall Seremban 2, memberikan kegembiraan kepada anak-anak asnaf untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri. ๐โจ
๐ฐ Tahun ini, Yayasan PEKEMA telah memperuntukkan sehingga RM600,000 bagi menjayakan inisiatif ini di seluruh negara, memastikan lebih ramai yang menerima manfaat.
Turut hadir menyantuni para penerima sumbangan ialah YBhg. Datoโ Sheikh Mohamed Zulkifli Bin SM Amin, AJK PEKEMA merangkap Pengarah Operasi Central Auto Distributors Bhd (CADB), yang turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang diraikan.
Bantuan ini bukan sekadar memenuhi keperluan fizikal, tetapi juga membawa keceriaan, kasih sayang, dan semangat kebersamaan dalam menyambut Syawal. Semoga dengan sumbangan ini, mereka dapat merasakan kemeriahan Aidilfitri dengan penuh makna dan kegembiraan. ๐คฒโจ







