Pn Kamisah Bt Mohd Zaki
Jabatan IT & Komunikasi Korporat PEKEMA
December 9, 2022
1 min read
Suami Pn Siti Kamisah, En Mohd Redzuan telah meninggal dunia pada tahun 2021 akibat serangan jantung. Pn Kamisah menghadapi kesukaran mencari pekerjaan kerana kesukaran untuk menjaga 7 orang anak-anak yang masih kecil. Pada masa ini beliau tinggal bersama ibu dan bapanya yang telah uzur.
Ahli Lembaga Pengarah Yayasan PEKEMA telah meluluskan sebanyak RM 3,000.00 bagi membantu meringankan beban beliau mengharungi kehidupan seharian.
Views : 47