Pn. Aida Fahani binti Abd Rahim
Pn. Aida merupakan seorang setiausaha pejabat di Universiti Utara Malaysia. Di antara 7 orang anak beliau, anak sulongnya Anis Balqis menghidapi penyakit SLE (myasthenia gravis). Suami beliau En Syed Muhammed Hazriq telah meninggal dunia pada 29 April 2020 (sehari selepas pembedahan bypass akibat serangan jantung).
Beliau dan keluarga menghadapi masalah kewangan untuk keperluan perbelanjaan dapur terutama untuk keperluan anak-anak. Kereta yang dimiliki juga sering mengalami kerosakan dan beliau memerlukan bantuan bagi membaiki kereta tersebut.
Pada 13 Februari 2023, dengan berbesar hati menyerahkan sumbangan sebanyak RM 3,000 kepada Pn Aida dan keluarga. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban yang dihadapi beliau.
Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh En. Yusof Bin Rebu, Pengurus Yayasan PEKEMA di kediaman beliau. Pn Aida merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada PEKEMA di atas sumbangan ini.