8 OGOS 2024
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak dengan jayanya telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Cawangan Sarawak Kali Ke-36 bertempat di Raia Hotels and Convention Centre, Kuching.
Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Cawangan Sarawak Kali Ke-36 ini telah dirasmikan oleh Presiden PEKEMA, Yang Berbahagia Datuk Haji Mohamed Nazari bin Noordin.
Dihadiri kira-kira seramai 64 perwakilan yang mewakili 34 buah syarikat ahli PEKEMA Cawangan Sarawak, ia turut tidak ketinggalan dihadiri oleh Barisan Exco dan Jawatankuasa PEKEMA Pusat.
Presiden PEKEMA Cawangan Sarawak, Dato Haji Ismail bin Abang Saufi dalam ucapan aluannya mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan mesyuarat agung tahunan tersebut.