23 JULAI 2024
PEKEMA dengan berbesar hati telah menerima kunjungan rasmi daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya.
Kunjungan ini membuka ruang untuk perbincangan strategik mengenai pelbagai aspek penting, termasuk kajian dasar kerajaan, ketahanan industri automotif, persepsi umum mengenai kenderaan elektrik (EV), serta peluang kerjasama dalam bidang pendidikan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Kami amat berharap bahawa kerjasama ini akan memberikan manfaat yang signifikan kepada kedua-dua pihak.