9 OGOS 2024
Pada 9 Ogos 2024, PEKEMA Cawangan Sabah telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-25 di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu. Mesyuarat ini dihadiri oleh 24 perwakilan dari 11 buah syarikat ahli PEKEMA Cawangan Sabah serta barisan Exco dan AJK PEKEMA Pusat.
Kehadiran para perwakilan dan barisan pimpinan pusat telah memperkukuhkan lagi semangat perpaduan dan komitmen dalam memajukan industri automotif di Sabah.