Memacu Masa Depan Mobiliti Hijau Malaysia
Pihak PEKEMA dan Scorpio Electric Ptd Ltd yang berpangkalan di Singapura mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) strategik untuk membangunkan ekosistem pembuatan motosikal elektrik yang mampan di Malaysia.
Kerjasama ini menyasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab utama bagi kenderaan elektrik beroda dua di rantau Asia Tenggara.
Fokus Kerjasama Strategik:
Melalui sinergi ini, kedua-dua pihak akan menumpukan kepada beberapa objektif utama:
• Inovasi R&D & Pembuatan: Memperluas jejak penyelidikan, pembangunan, dan pemasangan motosikal elektrik dengan teknologi proprietary Scorpio Electric.
• Pemerkasaan Ahli PEKEMA: Mengenal pasti ahli yang berpotensi dan berperanan sebagai fasilitator bagi ahli menceburi dan menerajui pengeluaran dan pembuatan dalam sektor automotif elektrik.
• Rangkaian Pengecasan Pintar: Mengintegrasikan ekosistem mobiliti dengan rangkaian pengecasan SenangCas Sdn Bhd, syarikat usahasama PEKEMA-Aquateak Energy Sdn Bhd untuk kemudahan pengguna.
• Sokongan Lepas Jualan: Memanfaatkan rangkaian lebih 400 Ahli PEKEMA di seluruh negara bagi menyediakan perkhidmatan jualan dan teknikal yang unggul.
Langkah ini merupakan komitmen jitu PEKEMA dalam menyokong agenda mobiliti hijau negara serta memberikan nilai komersial dan manfaat komuniti yang berpanjangan.
Sama-sama kita nantikan transformasi landskap automotif Malaysia ke arah masa depan yang lebih bersih dan pintar!






