Masjid Al-Barokah yang terletak di Kampung Berona Kanan, Mukim Jeneri, 08200 Sik, Kedah ingin mengalu-alukan sumbangan untuk mendapatkan pembiayaan untuk membeli karpet masjid yang baru untuk menggantikan karpet yang lama yang telah usang.
Masjid yang terletak di Kampung Berona Kanan, yang mana kebanyakan warga jemaahnya merupakan kerja kampung. Rentetan itu, kewangan surau adalah sangat sedikit. Namun begitu, AJK masjid melihat bahawa masjid perlu diimarahkan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk ahli qariah, maka masjid hendaklah menaiktarafkan fasiliti-fasiliti masjid termasuklah untuk mendapatkan karpet baru yang lebih baik kualitinya. Anggaran kos adalah sebanyak RM32,194.00 sahaja.


Pada 27hb Mei 2023, Sabtu yang lalu, telah diadakan sumbangan kepada Masjid Al-Baroqah yang diserahkan oleh AJK Dewan Muda PEKEMA, En. Syazwan Dato’ Osman dari Syarikat Kumpulan Niaga Mahmud Taib. PEKEMA berbesar hati memberi sumbangan sebanyak RM 5,000 bagi membiayai penukaran karpet untuk Masjid Baroqah.








