Hari ini, Yayasan PEKEMA telah mengadakan program membeli-belah bersama anak-anak asnaf dan pelajar tahfiz Zon Tengah di Mydin Mall Subang Jaya. Melalui inisiatif ini, mereka berpeluang memilih pakaian dan keperluan Raya, membawa senyuman dan kegembiraan dalam menyambut Syawal yang bakal tiba.
Senarai penerima bantuan:
- Anak-anak dari Persatuan OKU Al-Rayyan Malaysia
- Anak-anak dari Damansara
- Anak-anak dari Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam
- Pelajar Maahad Tahfiz Miftahul Ulum, Hulu Langat
- Pelajar tahfiz Madrasah Quran Darussalam
- Anak-anak dari Gombak & Selayang
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang telah menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin atas sokongan beliau serta kesudian menyaksikan Dongfeng BOX yang dibawa masuk oleh anak syarikat PEKEMA, Central Auto Distributors Bhd (CADB).
Semoga segala usaha ini diberkati Allah dan menjadi asbab kebaikan buat semua. InsyaAllah, kita teruskan membantu mereka yang memerlukan!











