Kejohanan Golf PEKEMA Menjelang Ramadan 2025 telah berlangsung dengan jayanya di IOI Palm Garden Golf, Putrajaya pada 27 Februari 2025!
Acara ini mengeratkan silaturahim sesama ahli PEKEMA dan rakan industri. Selain itu, ia memberi peluang untuk para peserta bersukan, mengurangkan tekanan, dan bersiap sedia secara fizikal serta mental menjelang Ramadan yang mulia.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan acara ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan!









