SOP GUDANG BERLESEN PEKEMA – VIDEO PEMBENTANGAN
Jabatan IT & Komunikasi Korporat PEKEMA
October 13, 2023
PEKEMA Satu Gabungan Satu Perjuangan merupakan moto rasmi PEKEMA bagi menggabungkan kesepakatan di antara PEKEMA serta Ahli PEKEMA yang terdiri daripada Syarikat Pemegang AP Terbuka di seluruh Malaysia. Pada 10 Oktober 2023 yang lalu, satu perjumpaan PEKEMA Satu Gabungan Satu Perjuangan, Merentasi Zaman telah menghimpunkan semua 345 Ahli Pemegang AP Terbuka PEKEMA di Hotel Hilton Kuala Lumpur.
Selain daripada menjadi medium perjumpaan di antara Ahli PEKEMA, satu taklimat khas daripada Kastam berkenaan SOP Gudang Berlesen PEKEMA telah disampaikan oleh Puan Izzah Binti Kassim, Penolong Pengarah Kastam Unit GPB / GB / KBC Bahagian Perkastaman.
Views : 134