23 OGOS 2024
Bersyukur kepada Allah SWT atas kesempatan berkumpul dalam majlis yang penting ini. Terima kasih kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), khususnya Yang Berusaha, Puan Jamilah Haji Hassan, Pengarah Kanan Bahagian Sokongan Perdagangan Dan Industri, MITI dan Yang Berusaha, Tuan Ahmad Azrai Abd Mubin, Pengarah Seksyen Kawalan Eksport Dan Import, MITI serta rakan-rakan dari MITI, atas sokongan dalam meningkatkan mutu pengurusan dokumen import negara.
Pekema Approved Permit Digitization Verification System (APDVS) versi 2.0, yang dibangunkan adalah untuk menguruskan dokumentasi kenderaan CBU import supaya lebih efisyen & efektif. Penambah baik yang dilaksanakan adalah dengan kerjasama & input dari pihak MITI.
Transformasi digital kini menjadi keperluan, dan APDVS 2.0 adalah langkah penting dalam memastikan proses kelulusan permit yang lebih integriti dan telus. Teknologi ini juga diharap dapat memudahkan urusan dan meningkatkan keyakinan semua pihak berkepentingan.
Kami menghargai sesi penerangan yang telah disampaikan dan berharap seminar ini menjadi platform untuk berkongsi idea serta merangka strategi penambahbaikan. Semoga usaha ini akan memajukan industri automotif negara dan memastikan proses pengurusan dokumen import terus berkembang dengan pesat.