Adat “Langgar Meja” Meriahkan Sambutan Rumah Terbuka PEKEMA Sarawak
SARAWAK, 5 Mei 2024 – Majlis Rumah Terbuka PEKEMA Sarawak berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu kehormat dan adat “Langgar Meja” yang menjadi tumpuan utama dalam Majlis Rumah Terbuka PEKEMA Sarawak.
Langgar meja, sebuah adat tradisional yang dipraktikkan sebagai tanda penghormatan kepada tetamu, selain sebagai melambangkan bakal berakhirnya sambutan rumah terbuka raya, menambahkan sentuhan istimewa dalam sambutan Aidilfitri PEKEMA Sarawak tahun ini.
Lebih manis, majlis tersebut turut dihadiri dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, YB Datuk Dr Hazland Abang Hipni, dan wakil dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Sambutan ini tidak hanya menjadi platform untuk mempereratkan ikatan sosial, tetapi juga untuk memperkukuhkan hubungan antara PEKEMA Sarawak dan pihak berkuasa serta agensi kerajaan. Kehadiran para tetamu, termasuk exco dan ahli jawatankuasa dari PEKEMA pusat, memberi kegemilangan kepada majlis yang berlangsung dengan penuh kehangatan dan keceriaan.