5 Mei 2024 – PEKEMA Sarawak telah menganjurkan sebuah majlis himpunan mesra yang berlangsung di Hotel Pullman, Kuching Sarawak. Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat Kastam Putrajaya.
Tujuan utama majlis ini adalah untuk mengukuhkan hubungan antara ahli-ahli PEKEMA Sarawak dengan pihak kerajaan JKDM serta sebagai platform bagi memahami prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak jkdm
Dalam majlis yang berlangsung, terdapat sesi interaksi secara langsung antara ahli-ahli PEKEMA Sarawak dan wakil dari JKDM. Sesi tersebut memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk bertukar pendapat dan mencari penyelesaian terbaik bagi perkara yang dibincangkan.
Selain itu, penerangan yang mendalam mengenai kerjasama PEKEMA dengan syarikat Dongfeng Motors mengenai kenderaan elektrik, Dongfeng Box daripada Biro Perniagaan Francais EV juga turut disampaikan oleh Dato SM Zulkifli SM Amin.
Majlis ini diharapkan dapat meningkatkan pemahaman ahli-ahli PEKEMA Sarawak dan membentuk kerjasama yang erat antara pihak PEKEMA dan JKDM, serta menjadi platform berharga dalam memperkukuhkan industri kenderaan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini PEKEMA, boleh layari laman web PEKEMA.