PROGRAM KHAS PENGAKUAN SUKARELA 2.0 OLEH PENGARAH HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) & PERBINCANGAN ISU-ISU SEMASA INDUSTRI
Perjumpaan di antara PEKEMA dengan Pengarah/Pemilik Syarikat Ahli PEKEMA berlangsung di Ibu Pejabat PEKEMA Cyberjaya, melibatkan taklimat oleh LHDNM mengenai Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 dan perbincangan isu-isu semasa industri.
Ini susulan Kunjung Hormat oleh exco PEKEMA ke atas Pengarah Negeri Hasil WP Kuala Lumpur pada 28 Disember 2023.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan pematuhan dan pengetahuan percukaian ahli-ahli PEKEMA melalui elemen Awareness, Education and Services (A.E.S).