Pn. Siti Noorsaerah binti Hasbullah
Anaknya yang sulong, Hakimi telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Kemahiran Pengurusan Umrah & Ziarah di UKM Bangi bermula Julai 2022 yang lepas. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun & 4 bulan. Hakimi telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran sebanyak 30 juzuk di Maahad Tahfiz Ar-Rashid, Sungai Udang, Klang.

Masalah yang dihadapi ialah tidak dapat melunaskan yuran pendaftaran sebanyak RM1,980.00 sahaja kerana tawaran yang diterima adalah secara ‘mengejut’ & tiada simpanan yang diperuntukan buat masa terdekat. Puan Noorsaerah Bersama suami berniaga baju bundle & makanan. Harapannya hanya satu iaitu ingin melihat anaknya Hakimi berjaya hingga ke akhir pengajian.

Pada 21hb September 2022 (Rabu) yang lepas, telah diadakan penyerahan sumbangan kepada Siti Noorsaerah binti Hasbullah yang telah diluluskan permohonan mereka dalam mesyuarat Yayasan PEKEMA yang lepas. Sumbangan telah diserahkan oleh Timbalan Presiden PEKEMA merangkap Pengarah Yayasan PEKEMA iaitu YBhg. Datuk Hj Nazari bin Noordin. Majlis ringkas ini telah diadakan di tingkat 4, Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya, 63000 Selangor.