4 OKTOBER 2024
Persatuan Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk melaksanakan Program Biasiswa Yayasan PEKEMA yang bertujuan menyokong pelajar cemerlang daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) untuk meneruskan pengajian ijazah Sarjana Muda mereka.
Tahun ini, Yayasan PEKEMA akan menaja seorang pelajar dengan biasiswa berjumlah RM30,000.00, yang merangkumi keseluruhan tempoh pengajian selama empat tahun di UPM.
Pelajar yang akan dipilih adalah berdasarkan pencapaian akademik ygang cemerlangdan bergiat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
Sumbangan Biasiswa Yayasan PEKEMA telah diserahkan oleh Presiden PEKEMA, Datuk Haji Mohamed Nazari Bin Noordin kepada Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Profesor Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad sambil disaksikan barisan Exco PEKEMA yang terdiri daripada Timbalan Presiden, Dato’ Hj Wan Sazrudeen Bin Dato’ Hj Wan Zaid, Naib Presiden, YM Raja Petra Marudin Bin Raja Nordin, Setiausaha Kehormat, Ahmad Faresh Bin Ahmad Zahid dan Biro Perhubungan Kastam & Logistik, Mohd Hafiz Bin Abdul Rashid.
Dengan pelaksanaan program Biasiswa Yayasan PEKEMA ini, PEKEMA berharap dapat membentuk generasi muda yang berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

