30 JANUARI 2024
Pada 30 Januari 2024, Yayasan PEKEMA menganjurkan Majlis Jalinan Kasih bersama beberapa sekolah di Hilir Perak sebagai tanda kerjasama.
Sekolah yang terlibat termasuk SK Changkat Jong, SK Sultan Idris ll, SK Redang Ponggor, dan SK Selabak Teluk Intan. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan PPD Pembangunan Kemanusiaan, En Mohamad Nor Ramli bin Ismail, serta guru besar dari keempat-empat sekolah tersebut.
Yayasan PEKEMA diwakili oleh Encik Ahmad Faresh bin Ahmad Zahid sebagai Setiausaha Kehormat.
Selain itu, yayasan ini telah meluluskan dan menyerahkan sumbangan 200 beg kepada SK Selabak, 100 beg kepada SK Sultan Idris ll, 108 beg kepada SK Redang Ponggor, dan 150 beg kepada SK Changkat Jong, dalam majlis yang berlangsung di Dewan Transformasi SK Changkat Jong.

