31 JANUARI 2024
Pada 31 Januari 2024, AJK PEKEMA diwakili oleh YBhg. Dato’ SM Zulkifli SM Amin telah mengadakan penyerahan sumbangan kepada Puan Siti Azela binti Mohd Ali di Kampung Rawa Ulu, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Sumbangan ini diberikan sebagai bantuan kepada Azela yang telah berhenti kerja untuk merawat ibunya, Puan Jamilah, yang menghidap tumor otak sejak awal Februari 2023.
Yayasan PEKEMA turut merakamkan ucapan takziah dan sentiasa bersedia untuk membantu dalam isu-isu seperti ini.