10 Januari 2024
PEKEMA telah membentangkan permohonan menaikkan had import kereta CBU import terpakai dari 35,000 unit kepada 50,000 unit, serta mengemukakan justifikasi seperti pertambahan syarikat AP Terbuka, peningkatan jumlah import dan jualan, limpahan ekonomi sektor hiliran, dan pulangan optimum kepada kerajaan.
Selain itu, PEKEMA menyatakan hasrat mengenai penerokaan industri kenderaan elektrik (EV) dengan kerjasama Dongfeng Motor, China.