Kunjung Hormat Exco Pekema kepada
Ybhg Dato’ Azman Shah Mohd Yusof
Ketua Pegawai Eksekutif Northport
27hb Februari 2024
Dalam kunjungan hormat Exco dan Ahli Jawatankuasa PEKEMA kepada Ketua Pegawai Eksekutif Northport, YBhg Dato’ Azman Shah Bin Mohd Yusof, pertemuan selama lebih satu jam di Ibu Pejabat Northport telah diadakan.
Kunjungan itu bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik dengan industri automotif Bumiputera dan kemas kini fasiliti Northport.
Kedua-dua pihak memberi fokus kepada inisiatif kerjasama, dengan Northport dan menyatakan kesediaan memastikan kenderaan diimport oleh ahli PEKEMA tiba dalam kondisi selamat.