Pada 5 Februari lalu, Dongfeng Cars Malaysia secara rasmi melancarkan dua model terbaharu — sedan elektrik sporty Dongfeng 007 serta SUV segmen B, Dongfeng Vigo. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Datuk Hj Mohamed Nazari bin Nordin, Presiden PEKEMA, bersama Soh Ming, Pengasas merangkap Pengarah Urusan Volt Auto.
Sempena pelancaran ini, Dongfeng turut mengumumkan harga bermula RM100,000 bagi Dongfeng Vigo dan RM161,000 bagi Dongfeng 007, termasuk rebat pelancaran bernilai RM8,888. Setiap pembelian hadir dengan ABB Wallbox percuma, waranti kenderaan selama 6 tahun tanpa had perbatuan, serta waranti bateri selama 8 tahun tanpa had perbatuan.
Pelancaran ini mencerminkan komitmen Dongfeng dalam memperkukuh kehadirannya di pasaran Malaysia, sekali gus menyokong agenda mobiliti hijau negara melalui penawaran kenderaan elektrik yang inovatif, berkualiti dan mampu milik.










