SUMBANGAN PEKEMA KE TABUNG COVID-19 MALAYSIA
Rentetan seluruh dunia melanda gelombang Virus COVID-19, masyarakat, negara, serta ekonomi mengalami impak yang sangat dahsyat dan negara Malaysia tidak terkecuali daripada wabak pandemik ini. Sehubungan dengan itu, Malaysia telah melancarkan Tabung COVID-19 bagi membantu rakyat yang terkesan akibat kehilangan mata pencarian.
Bagi membendung wabak ini dari menular dengan lebih teruk, Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr.) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan melarang masyarakat untuk keluar daripada rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Disebabkan ini satu inisiatif perlu diambil oleh kerajaan bagi memastikan rakyat masih dapat meneruskan kehidupan seharian dan Tabung COVID-19 ialah salah satu usaha besar.
PEKEMA juga turut berperihatin atas kesusahan yang dilanda seluruh negara dan telah menyumbangkan sumbangan yang besar iaitu RM 500,000.00 kepada Tabung COVID-19. Penyerahan sumbangan ini ialah daripada hasil dana Yayasan PEKEMA yang disumbangkan oleh seluruh Ahli PEKEMA sebagai usaha CSR (Corporate Sosial Responsibility).
Sumbangan ini diberikan terus kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr.) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin oleh Presiden PEKEMA YBhg. Dato Hj Zainuddin Bin Abdul Rahman. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka yang terkesan teruk daripada Wabak COVID-19