Alhamdulilahh telah selesai Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Rumah Terbuka PEKEMA pada kali ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli-ahli PEKEMA, jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat pembekal dan syarikat-syarikat usahasama dengan PEKEMA yang turut serta memeriahkan majlis sambutan ini, semoga ukhwah kita berpanjangan & sentiasa diredai-Nya.
Pihak PEKEMA memohon maaf jika ada kekurangan yang mungkin berlaku sepanjang majlis berlangsung.
Akhir kata, kami warga PEKEMA mendoakan agar semua yang hadir sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T., dan semoga kita semua dapat bertemu lagi di majlis-majlis yang akan datang.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1446H/2025M
















