16 November 2024 – Yayasan PEKEMA di bawah Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) telah melancarkan “Program Charity BOX Yayasan PEKEMA” dengan kerjasama Central Auto Distributors Bhd (CADB), anak syarikat PEKEMA di Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra, Taman Sri Watan, Ampang Selangor, atau dikenali sebagai Mesra Home.
Program Charity Box ini dengan tema “BOX OF LOVE” dijalankan untuk menyantuni warga emas dengan melaksanakan ativiti gotong royong dengan disertai wakil dari Yayasan PEKEMA, CADB serta Sukarelawan dari Kelab Rekreasi & sukan PEKEMA (KRESMA).
Program ini menunjukkan satu lagi langkah PEKEMA dalam menjalin hubungan erat dengan masyarakat. Selain itu, program ini juga bertujuan menyampaikan mesej kasih sayang dan penghargaan kepada warga penghuni Sri Mesra.
Pihak Yayasan PEKEMA telah memberikan sumbangan berjumlah RM40,900 kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra. Daripada jumlah itu, peruntukan terbesar disalurkan dalam bentuk sumbangan sebanyak RM20,000 untuk menambah baik premis rumah jagaan ini. Pada masa yang sama, sebahagian sumbangan turut diberikan kepada 19 warga emas dan tidak dilupakan untuk lima (5) penjaga. Sebagai simbolik pelancaran sumbangan, setiap warga emas menerima cenderahati dalam bentuk “Gift Box” oleh pihak Yayasan PEKEMA.
CADB, anak syarikat PEKEMA, telah berbesar hati menyediakan kenderaan elektrik (EV) Dongfeng Box sebagai kenderaan rasmi untuk perjalanan Program Charity Box Yayasan PEKEMA yang akan terus dilaksakan dari semasa ke semasa.
Sejuta penghargaan kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra, Puan Faezah dan Encik Razali yang telah banyak berjasa dalam memastikan pusat jagaan ini menjadi tempat yang penuh kasih sayang dan tempat berteduh untuk para penghuninya. Pihak kami juga berharap kerjasama ini dapat diteruskan agar kebajikan warga emas terbela, dan sentiasa menerima kasih sayang yang selayaknya.





