MAJLIS MAKAN MALAM PEKEMA 2023 – GLAMOROUS NIGHT
Penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh ahli PEKEMA yang telah bersama-sama menjayakan perjalanan panjang kita sehingga ke hari ini. Bermula dengan 48 syarikat ahli, PEKEMA terus berkembang, dan kini jumlah keahlian telah mencecah 350 syarikat. Kejayaan dan pertumbuhan PEKEMA tidak mungkin tercapai tanpa sokongan, usaha, dan semangat kebersamaan dari setiap ahli dalam persatuan ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat, dari pengurusan hingga kepada ahli biasa yang sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bagi.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada para penaja yang turut serta dalam menjadikan majlis makan malam PEKEMA lebih bermakna. Kepada syarikat-syarikat dan individu yang telah dengan ikhlas menyumbangkan tajaan, terima kasih kerana menjadikan majlis ini lebih meriah dan penuh berprestij. Semoga hubungan kita dapat terus diperkukuhkan, dan PEKEMA dapat terus berkembang dengan sokongan yang berkekalan daripada semua yang terlibat.
Selain itu, penghargaan kepada pihak-pihak kerajaan yang sudi hadir pada Majlis Makan Malam PEKEMA 2023. Kehadiran mereka adalah satu pengiktirafan terhadap peranan PEKEMA dalam memajukan industri automotf di Malaysia. Sokongan dan kerjasama daripada pihak kerajaan adalah penting dalam memastikan kelestarian serta kemajuan industri ini bergerak seiring dengan peringkat global. Terima kasih kepada semua wakil kerajaan yang hadir, kami berharap kerjasama ini dapat terus diperkukuhkan lagi untuk kebaikan bersama. Tanpa sokongan dan bimbingan mereka, langkah-langkah ke arah kemajuan yang lebih besar pastinya akan tergendala. SATU GABUNGAN, SATU PERJUANGAN