MESYUARAT AGUNG PEKEMA KE 42
Alhamdulillah. Syukur kita ke hadrat Ilahi,
Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) pada Sabtu, 25 November 2023 dengan jayanya telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-42, bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Ke-42 ini dihadiri oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Mulia Senator, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI).
PEKEMA dengan ini mengambil kesempatan menzahirkan Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada Yang Berhormat Tengku Zafrul di atas kesudian menghadiri dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-42. Terima kasih Menteri MITI atas tindakan perhalusi cadangan PEKEMA untuk bawa kenderaan import sebanyak 50,000 unit setahun.
Akhir kata, Sekalung Tahniah buat barisan kepimpinan PEKEMA yang baru! Semoga kejayaan sentiasa mengiringi langkah-langkah mereka dalam membawa persatuan ini ke arah pencapaian yang lebih gemilang dan berjaya.
SELAMAT MAJU JAYA!