Kota Damansara, 22 November 2024 – Dongfeng BOX, kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) oleh Dongfeng Motor, telah dilancarkan secara rasmi di Dongfeng Cars Malaysia Kota Damansara pada 22 November 2024. Kenderaan ini diedarkan secara rasmi oleh Central Auto Distributors Bhd (CADB), anak syarikat Pengedar dan Pengimpot Kereta Melayu Malaysia (PEKEMA).
Pada pelancaran tersebut, CADB juga telah mengumumkan Harga Runcit Cadangan iaitu bermula RM100,000 bagi Dongfeng Box E2, dan RM113,000 bagi Dongfeng Box E3. Beberapa insentif eksklusif yang bernilai lebih RM5,000 juga diberikan kepada pelanggan terawal yang menempah Dongfeng BOX termasuk:
✅ Unit pengecas mudah alih (bernilai RM1,088)
✅ Ruang storan kabin hadapan percuma (bernilai RM1,250)
✅ Pilih SATU:
– Kredit pengecasan selama 1 tahun (bernilai RM3,000, tertakluk kepada polisi penggunaan adil)
– Pengecas dinding rumah (bernilai RM3,288)
– Penyelenggaraan servis (bernilai RM3,000)
Dongfeng BOX menampilkan reka bentuk moden, ruang dalaman yang luas, dan teknologi EV yang canggih, menjadikannya pilihan ideal untuk mobiliti bandar yang lestari. Langkah ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha negara ke arah pengangkutan lestari
Ketahui dengan lebih lanjut di @dongfengcarsmy atau cadb.com.my







