
Susulan sesi Sembang Santai Di Pulau Mutiara yang telah dianjurkan oleh PEKEMA bersama Ahli PEKEMA di bahagian Utara Semenanjung Malaysia yang dilangsungkan di Pulau Pinang pada 18 Mac 2022 yang lalu, pertemuan di antara Ahli PEKEMA di bahagian Zon Selatan juga telah dianjurkan di Doubletree Hotel By Hilton pada 18 Mei 2022.
Bertemakan “Ketemu Nang Johor Bahru”, majlis perjumpaan bersama Ahli PEKEMA Zon Selatan ini mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan Ahli PEKEMA. Perjumpaan ini juga lebih bermakna dengan kehadiran Tuan Sazali Bin Mohamad, Pengarah Kastam Negeri Johor dan Puan Salimah Binti Mohd Rashid Penolong Pengarah Bahagian Perlesenan Kenderaan JPJ Negeri Johor Pelbagai isu berkenaan dengan industri automotif telah diketengahkan semasa perjumpaan tersebut. Di harapkan perjumpaan ini memberikan manfaat kepada Ahli PEKEMA.
Majlis diteruskan dengan Majlis Makan Malam di Restoran Jepun Ikan Bakar di Jalan Petri Kampung Taru, Johor Bahru. Pelbagai hidangan lazat disajikan untuk Ahli PEKEMA seperti Ikan pari bakar, sotong goreng tepun, sayur kalian goreng serta bermacam-macam lagi. Dengan susun atur Restoran dan pemandangan yang cantik telah menyerikan suasana majlis makan malam tersebut.