PEKEMA Academy terus komited dalam memperkasa pembangunan kemahiran profesional menerusi penganjuran dua program latihan yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.
📊 24 Julai 2026 – Full Potential of Microsoft Excel telah diadakan di Hilton Kota Kinabalu, memberi pendedahan kepada para peserta mengenai fungsi, teknik dan aplikasi Microsoft Excel yang dapat meningkatkan kecekapan pengurusan data serta produktiviti di tempat kerja.
📱 25 Julai 2026 – Program Digital Marketing pula telah memberi fokus kepada strategi pemasaran digital yang efektif, termasuk penghasilan kandungan, media sosial, penjenamaan digital serta pendekatan pemasaran yang relevan dalam era digital masa kini.
Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang aktif sepanjang kedua-dua program berlangsung. Diharapkan ilmu serta kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan prestasi kerja dan menyokong pembangunan organisasi masing-masing







