12th Edition PEKEMA Golf President’s Cup 2026 secara rasminya telah melabuhkan tirai selepas dua hari penganjuran, pada 18 & 19 Julai 2026, yang berlangsung dengan jayanya di Palm Garden Golf Club, Putrajaya.
Memasuki edisi ke-12, kejohanan berprestij ini menghimpunkan hampir 500 pemain melibatkan 125 flite yang terdiri daripada ahli PEKEMA, wakil agensi kerajaan, pemain korporat, tokoh perniagaan, bekas atlet kebangsaan serta peserta antarabangsa dari United Kingdom, Jepun, Brunei Darussalam dan Singapura.
Kejohanan ini menyaksikan detik bersejarah apabila Shuhairi Abd Aziz dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Beliau membawa pulang piala pusingan President’s Cup, piala iringan dan hadiah wang tunai pada Majlis Makan Malam di Putrajaya Marriott Hotel.
Bertemakan “Driving Unity, Inspiring Excellence”, kejohanan ini bukan sekadar menjadi platform mengukuhkan jaringan strategik dalam industri automotif, malah turut membawa misi kebajikan menerusi kerjasama bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi menyokong kebajikan bekas atlet negara.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, penaja, rakan strategik dan pihak yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan ini. Semoga PEKEMA Golf President’s Cup terus menjadi platform yang memperkukuh kerjasama, menyatukan komuniti industri serta memperluaskan impak tanggungjawab sosial kepada masyarakat.














