Pada Isnin, 27 April 2026, SenangCas Sdn. Bhd., syarikat usahasama PEKEMA, telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MOA) bersama JiangSu Chelian Malaysia Sdn. Bhd. (JCM) dan Carlink International Sdn. Bhd.
Kerjasama ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Mohamed Nazari Bin Noordin selaku Pengerusi SenangCas, manakala JCM dan Carlink International diwakili oleh Presidennya En. Limin Yang.
Tujuan kerjasama ini tertumpu kepada usaha melaksanakan projek penempatan kenderaan komersial elektrik serta pembangunan infrastruktur sokongan yang berkaitan sebagai langkah nyata PEKEMA dalam menyokong agenda mobiliti hijau dan memenuhi keperluan pengangkutan awam negara yang lebih bersih dan cekap.
Inisiatif ini adalah selaras dengan hasrat negara untuk memperluas penggunaan kenderaan elektrik dalam sektor pengangkutan awam, terutamanya di kawasan bandar utama.
Selain menyediakan bas elektrik, kerjasama ini juga akan mencadangkan pembinaan hab pengecasan di lokasi-lokasi strategik bagi melengkapkan perkhidmatan bas elektrik kelak.
PEKEMA dan SenangCas komited untuk terus menjadi sebahagian daripada usaha penyelesaian, bukan sekadar pengguna, tetapi peneraju dalam peralihan tenaga negara.








