PEKEMA telah menganjurkan Sesi Taklimat Ahli Berkaitan Peluang Perniagaan Motosikal Elektrik bagi membincangkan peluang pembangunan dan perniagaan dalam industri motosikal elektrik yang semakin berkembang pesat.
Taklimat ini telah disampaikan oleh syarikat pengeluar motosikal elektrik dari Singapura, Scorpio Electric Pte Ltd, khusus kepada ahli-ahli PEKEMA yang berminat untuk menerokai potensi baharu dalam sektor ini.
Sesi ini membuka ruang perkongsian ilmu, pandangan industri serta peluang kolaborasi strategik dalam menghadapi peralihan ke arah mobiliti hijau dan inovatif.
Turut hadir memeriahkan sesi ialah wakil Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things (IoT) Institute (MARii), Ts. Siti Maisarah Mohd Pisal, Pengurus Kanan yang terus komited menyokong pembangunan ekosistem automotif negara ke arah teknologi masa hadapan.










