Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) sedang meneroka potensi kenderaan rekreasi (RV) di Malaysia dengan kerjasama AsiaRV, rakan kongsi eksklusif untuk Knaus Tabbert AG, pengeluar kenderaan rekreasi terkemuka Eropah.
Kerajaan Malaysia dan agensinya giat mengkaji dan menelusuri industri RV melalui rancangan pembangunan infrastruktur, insentif pelaburan, dan garis panduan komprehensif untuk menarik pengeluar RV dan membangunkan tapak perkhemahan.
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) telah menyatakan sokongan untuk usaha ini dalam perbincangan bersama kepimpinan PEKEMA pada 19 November 2024, mengiktiraf inisiatif kerajaan untuk mewujudkan industri RV sebagai salah satu pemacu utama negara untuk pertumbuhan ekopelancongan.
Perbincangan ini turut disertai Pengerusi MIDF, Tan Sri Abdul Rahman Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif MIDF, Tn. Azizi Mustafa, Pengerusi AsiaRV/TAPiO, Mr. Thomas Bernthaler rakan kongsi pengurusan, Mr. Bernhard Schutte, Ketua Pegawai Operasi (COO), Mr. Tan Heng Siang, dan Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Carmen Lee.









