18 JANUARI 2024
Pada 18 Januari 2024, Yayasan PEKEMA telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Maahad Tahfiz Miftahul Ulum sebagai bantuan selepas bangunan asrama lelaki dan operasi sekolah mereka musnah dalam kebakaran pada 12 Disember 2023.
Kerosakan yang dialami dianggarkan mencapai RM350,000. Penyerahan sumbangan dilakukan oleh Presiden PEKEMA, Datuk Hj. Mohamed Nazari bin Noordin, di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya.
Majlis tersebut berlangsung dengan ucapan terima kasih kepada Datuk Nazari atas sokongan dan sumbangannya kepada maahad tersebut.








