6 JUN 2024
Yayasan PEKEMA meluluskan dan menyerahkan sumbangan kepada tiga individu dan dua pertubuhan yang telah diluluskan permohonannya dalam mesyuarat Yayasan PEKEMA.
Presiden PEKEMA, Datuk Hj. Mohamed Nazari bin Noordin bersama Timbalan Presiden PEKEMA, Dato’ Wan Sazrudeen Dato’ Wan Zaid menyampaikan sumbangan ini di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya.
Sumbangan diberikan kepada Pertubuhan Amal Darul Fauzan untuk program kuliah Dhuha Muslimat, MUAFAKAT untuk program Scitech4u Stem Camp MOSTI 2024, Muhammad Afiq bin Azalan yang mengalami kecederaan serius akibat kemalangan jalanraya, Nor Hanim binti Shahruddin yang menghidap kanser appendix, dan Abdallah Z.A. Warshagha yang merupakan seorang imam di Gaza Utara.
