Pn. Nurhazwani Binti Ab Rahim
Pn Nurhazwani telah disahkan menghadapi sakit strok sejak daripada Oktober 2022. Beliau merupakan seorang bekas pekerja AMBank dan suaminya pula seorang Pemandu Grab Motorsikal.
Sepanjang beliau menghadapi penyakit itu, semua wang simpanan telah digunakan untuk kos rawatan, ubatan, bil-bil dan perbelanjaan seharian. Suami pula perlu menjaga beliau dan anak-anak dan terputus sumber pendapatan. Terkini, beliau sedang menjalani proses fisiotrapi akibat lumpuh sebelah kiri.
Pada 10hb Januari 2023 (Selasa) yang lepas, Yayasan PEKEMA telah memberi sumbangan sebanyak RM3,000.00 kepada Nurhazwani. Sumbangan telah diserahkan oleh Pemangku Presiden PEKEMA iaitu YBhg. Datuk Hj. Nazari bin Noordin. Penyerahan ini telah dibuat di rumahnya. Yayasan PEKEMA merakamkan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk di atas kesudian beliau meluangkan masa menjayakan penyerahan sumbangan ini.