Majlis Gala Dinner PEKEMA Sabah telah berlangsung pada 25 Oktober 2026 bertempat di Magellan Sutera Ballroom, Sabah, sebagai acara kemuncak selepas Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Sabah Kali Ke-27 dan 2nd Edition PEKEMA Sabah Friendship Golf 2026.
Majlis ini turut menyaksikan penyampaian sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan komitmen PEKEMA terhadap kebajikan masyarakat, antaranya sumbangan kepada tujuh orang bekas atlet Sabah, 7,000 buah beg sekolah daripada PEKEMA Pusat kepada PEKEMA Cawangan Sabah serta sumbangan sebanyak RM25,000 bagi Program Sunathon.
Selain itu, sumbangan sebanyak RM5,000 telah disalurkan kepada Wad Kanser, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, manakala RM5,000 lagi disumbangkan kepada Wad Pembedahan Am, Hospital Queen Elizabeth I.
Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat memberikan manfaat kepada para penerima serta mencerminkan komitmen PEKEMA dalam memperkukuh tanggungjawab sosial dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.













