Alhamdulillah, Sesi Perjumpaan Ahli PEKEMA Zon Utara 2026 yang telah berlangsung pada 20 Jun 2026 di PARKROYAL Penang Resort, Pulau Pinang berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya.
PEKEMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Pegawai Kastam Zon Utara dan Ahli PEKEMA Zon Utara yang telah meluangkan masa menghadiri serta memberikan komitmen dan sokongan sepanjang berlangsungnya program ini.
Sesi perjumpaan ini menjadi platform yang amat signifikan dalam mengukuhkan hubungan antara PEKEMA dan ahlinya, di samping menyampaikan maklumat terkini berkaitan perkembangan industri, dasar kerajaan serta peluang yang dapat dimanfaatkan oleh para ahli.
Antara pengisian utama program adalah:
🔹 Pemerkasaan Kewangan
Taklimat bersama Standard Chartered Bank Malaysia dan Funding Societies mengenai kemudahan pembiayaan serta penyelesaian kewangan untuk menyokong pertumbuhan perniagaan ahli.
🔹 Pematuhan & Hal Ehwal Teknikal
Dialog bersama JKDM berkaitan penetapan nilai kastam bagi kenderaan CBU import terpakai serta penambahbaikan SOP Gudang Berlesen PEKEMA.
🔹 Halatuju Strategik Industri
Perkongsian oleh YBhg. Datuk Haji Mohamed Nazari Bin Noordin, Presiden PEKEMA, mengenai kesiapsiagaan, pematuhan dan daya saing ahli dalam menghadapi perubahan industri automotif.
PEKEMA berharap segala ilmu, maklumat dan pandangan yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh kecekapan operasi, meningkatkan tahap pematuhan dan memperkasakan daya saing perniagaan ahli.
Komitmen dan sokongan padu daripada setiap Ahli PEKEMA Zon Utara merupakan kekuatan utama PEKEMA dalam memperjuangkan kepentingan industri automotif negara. Semoga semangat kerjasama ini terus diperkukuhkan demi membina industri yang lebih progresif, mampan dan berdaya saing.
Terima kasih atas kepercayaan dan penyertaan semua hadirin yang telah menjayakan majlis ini. Bersama kita memacu kecemerlangan industri automotif Malaysia.










