PEKEMA Charity Golf 2025 President’s Cup, Edisi Ke-11, melabuhkan tirainya selepas dua hari berlangsung di Palm Garden Golf Club, Putrajaya.
Kejohanan golf amal berprestij anjuran Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) berjaya menghimpunkan hampir 500 pemain golf amatur dari seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak serta penyertaan antarabangsa dari Jepun, Singapura dan Vietnam
Kejohanan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemain golf, ahli industei dan rakan strategik, malah turut mencapai matlamat utamanya iaitu menyokong usaha kebajikan serta program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua penaja, peserta, rakan kerjasama, serta pihak yang terlibat sevara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna dalam memastikan kelangsungan acara kebajikan tahunan ini.
PEKEMA komited untuk terus menjadi pemangkin kepada pembangunan industri automotif tempatan, di samping memainkan peranan aktif dalam inisiatif kebajikan dan kemasyarakatan.
Jumpa lagi di PEKEMA Charity Golf edisi akan datang!











