Dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi digital, LHDN telah memulakan pelaksanaan e-Invois secara berperingkat untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai di Malaysia.
Selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12, ini adalah langkah penting untuk mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital negara kita.
PEKEMA Academy dengan bangganya telah menganjurkan Sesi Taklimat e-Invois khusus untuk ahli-ahli kami.
Inisiatif ini adalah bukti komitmen PEKEMA Academy dalam menyokong ahli-ahli dengan menyediakan maklumat yang tepat dan bermanfaat untuk memudahkan peralihan ke sistem e-Invois.
Sesi taklimat ini telah diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 11 dan 12 Ogos 2025, bagi memastikan semua ahli dapat mengambil bahagian dan mendapat manfaat sepenuhnya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli yang telah hadir dan mengambil peluang ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan cukai digital.















