Kursus ‘Crack the Code to Digital Marketing Strategies’ anjuran PEKEMA Academy telah berjaya dilaksanakan hari ini, 29 Julai 2025, bertempat di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya.
Program ini dikendalikan oleh Taufiq Janudin, Digital Marketing Trainer dari Dynamic Digital yang berkongsi pelbagai strategi dan teknik terkini dalam dunia pemasaran digital — merangkumi integrasi iklan di platform Facebook, TikTok dan Instagram.
Antara topik yang disentuh termasuk:
✅ Iklan yang kos efektif dan efisien
✅ Memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI)
✅ Strategi pemasaran yang lebih berkesan
✅ Menyasar audiens dengan lebih tepat
✅ Pemilihan visual yang menarik
✅ Penulisan emosi yang mampu mencipta impak
Para peserta juga berpeluang untuk berinteraksi secara langsung, melakukan latihan praktikal, dan membawa pulang ilmu yang boleh terus diterapkan dalam perniagaan dan kempen pemasaran masing-masing.
Terima kasih kepada semua peserta yang komited dan tenaga kerja PEKEMA Academy yang menjayakan program ini.
Semoga segala ilmu yang dikongsi memberi manfaat dan dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar.










