📍Kota Bharu, 25 & 26 Julai 2025
PEKEMA telah mengadakan Sesi Pertemuan Ahli PEKEMA Zon Pantai Timur bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi memperkukuh hubungan strategik serta memperjelas pelaksanaan SOP Gudang Berlesen PEKEMA.
Majlis ini menjadi platform penting untuk mempertingkatkan kefahaman ahli terhadap prosedur semasa serta mewujudkan dialog dua hala bersama pihak berkuasa. Turut diadakan ialah sesi libat urus antara ahli PEKEMA Zon Pantai Timur yang membuka ruang kepada perbincangan tentang cabaran industri, perkongsian pandangan serta strategi masa depan.
Pada majlis yang sama Yayasan PEKEMA turut menyalurkan bantuan pendidikan kepada adik Mohd Badrul Amin yang mendapat tawaran sambung belajar di Kolej Matrikulasi Kelantan dalam jurusan Sains.
Sumbangan kedua pula disalurkan kepada Pn Nor Samira bt Mohamed iaitu bantuan perubatan buat anaknya, Muhammad aqil farish, yang menghidap sakit buah pinggang.
Bagi menyantuni ahli-ahli di peringkat akar umbi, AJK PEKEMA juga telah mengadakan lawatan ke Nasrom Group Sdn. Bhd., salah satu syarikat ahli PEKEMA yang berpengkalan di Kota Bharu. Lawatan ini bertujuan untuk memahami operasi perniagaan ahli dengan lebih dekat serta mengukuhkan lagi jaringan kerjasama dalam kalangan anggota persatuan.
Sesi ini bukan sahaja memperkukuh ikatan antara ahli dan agensi kerajaan, malah memperteguhkan semangat solidariti dalam usaha memperkasa industri automotif Bumiputera.
📲 Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif PEKEMA, ikuti kami di laman sosial rasmi, YouTube PEKEMA TV atau layari www.pekema.org.my













Crazy Time Games – does the name fit? Absolutely! Love the live casino action, keeps me on the edge of my seat! A really great way to spend an evening. Get your crazy on! crazytimegames.
Redeemed my mb88vipcode, and already seeing some extra perks. They really take care of you. Customer service was pretty solid too. Check it out to get in there: mb88vipcode.
Just hopped on phwin 99. Easy navigation, great selection of games. Let’s hope my luck’s in tonight! Time to test the waters! Visit them: phwin 99.