Satu siri Taklimat & Lawatan Tapak PEKEMA Autocity telah berlangsung di Enbloc Building, Pudu, Kuala Lumpur dari 3 hingga 6 Jun 2026.
Sepanjang empat hari, acara ini diadakan dalam dua sesi setiap hari (11:00 pagi & 3:00 petang) dan sebanyak 50 syarikat ahli telah mendaftar dengan lebih 90 peserta.
Sepanjang sesi tersebut, IQL Property Management Sdn Bhd telah menyampaikan taklimat mengenai pelan transformasi bangunan, diikuti lawatan berpandu ke Aras 7 dan 6 bagi meninjau potensi ruang untuk pejabat, ruang pameran, gudang terkawal, dan pelbagai lagi.
Peserta juga dikongsikan mengenai peranan PEKEMA Autocity sebagai hab utama yang menawarkan ruang pameran kenderaan dan pejabat untuk pengedar kenderaan import, kemudahan dokumentasi dan sokongan teknikal, serta pelbagai perkhidmatan sokongan seperti perbankan, insurans, bengkel, pengecasan EV, dan perniagaan automotif pelengkap.
Dalam ucapan alu-aluannya, Presiden PEKEMA, YBhg Datuk Mohamed Nazari bin Noordin menyatakan bahawa cadangan PEKEMA Autocity ini adalah satu peluang baik, terutamanya untuk ahli baharu, bagi mendapatkan ruang strategik, membina jaringan, dan bersama-sama membentuk masa depan ekosistem automotif PEKEMA.
Dari sudut lokasinya, ia sangat strategik kerana kedudukannya yang berhampiran LRT/MRT Cochrane, Miharja, Chan Sow Lin dan lebuh raya utama yang menjadikannya pilihan yang banyak kelebihan.
Syabas dan terima kasih kepada Koperasi PEKEMA Berhad (KOPEMA) dan IQL Property Management atas penganjuran yang bermanfaat. Mari kita terus membangunkan ekosistem automotif PEKEMA secara kolektif!










