9 JULAI 2024
Lokasi: Tingkat 7, Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya
Sesi ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara PEKEMA dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam memajukan industri automotif negara.
Fokus utama adalah pada pemahaman mendalam mengenai spesifikasi dan varian Toyota Alphard dan Vellfire.
Sesi ini juga menyorot peningkatan signifikan dalam jumlah import kenderaan pada tahun 2023, yang mana dua kenderaan iaitu Toyota Alphard (13,273 unit) dan Toyota Velfire (3,842 unit) mencatat permintaan yang tinggi.
Kehadiran delegasi dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia menunjukkan komitmen bersama untuk memastikan pematuhan terhadap piawaian homologasi dan prosedur cukai yang berkaitan dengan proses import.
PEKEMA berharap agar ilmu yang diperoleh melalui program ini dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli untuk terus memajukan dan memperkukuhkan industri automotif negara.
PEKEMA mengucapkan terima kasih kepada delegasi Kastam Malaysia atas sokongan dan komitmen mereka kepada pembangunan industri automotif Malaysia.