Dewan Muda PEKEMA (DMP) dengan sukacitanya telah melaksanakan Program Charity BOX: Back to School pada 4 dan 5 Februari 2025 di sekitar Johor Bahru.
Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan membantu anak-anak yatim, asnaf serta pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dalam menghadapi sesi persekolahan baharu.
Dengan sokongan penuh daripada Yayasan PEKEMA, Central Auto Distributors Bhd (CADB), serta Kasawari Motors, sebanyak 500 beg sekolah lengkap dengan set alat tulis telah diagihkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.
Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan PEKEMA dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kesejahteraan masyarakat. Semoga kerjasama murni ini dapat diteruskan bagi memberikan manfaat yang lebih besar kepada komuniti pada masa hadapan.






