1 APRIL 2024
PEKEMA mengadakan majlis iftar di Hotel Zenith, Putrajaya sebagai tanda penghargaan kepada JKDM atas kerjasama berterusan dalam memastikan kelancaran urusan perniagaan kenderaan dan pematuhan undang-undang perkastaman.
Majlis yang dihadiri oleh YBhg Datuk Aidid Bin Tajuddin, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Presiden PEKEMA, YBhg Datuk Hj. Mohamed Nazari Bin Noordin, serta pegawai JKDM dan ahli jawatankuasa PEKEMA ini menandakan hubungan baik dan semangat kerjasama antara persatuan dan kerajaan.
PEKEMA berharap hubungan kondusif ini dapat diteruskan untuk memajukan industri kenderaan Malaysia, memberikan manfaat besar kepada ekonomi negara.

