3 APRIL 2024
Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa di Hotel Marriot, Putrajaya, dihadiri oleh 162 syarikat ahli dari seluruh Malaysia.
PEKEMA mengucapkan penghargaan kepada semua ahli yang turut serta dengan idea dan sokongan mereka yang berharga.
Penglibatan aktif ini merupakan dorongan penting bagi kemajuan persatuan dan industri automotif Bumiputera. PEKEMA berterima kasih kepada ahli-ahli yang memberi nasihat, pandangan, dan cadangan yang membina, dan berjanji untuk memberi perhatian sepenuhnya serta mengambil tindakan yang sesuai.