13 MEI 2026 – PEKEMA Academy telah berjaya menganjurkan latihan Crack The Code to Digital Marketing Strategies di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya.
Program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Taufiq Janudin, dengan perkongsian pelbagai strategi pemasaran digital yang praktikal dan relevan dengan trend semasa.
Antara pengisian menarik sepanjang latihan:
📌 Pengiklanan yang lebih kos efektif dan efisien
📌 Memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI) dalam pemasaran digital
📌 Pembangunan strategi pemasaran yang lebih berkesan
📌 Cara mencapai audiens yang lebih luas dan berkualiti
📌 Pemilihan serta susunan visual yang lebih menarik perhatian
📌 Teknik emotional copywriting untuk meningkatkan impak pemasaran
Latihan ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan strategi digital dalam memperkukuhkan jenama dan memperluaskan capaian perniagaan di era moden. 🌐💼
Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaiknya. 👏









